Lelaki ini telah membunuh 22 orang kanak-kanak dan ada di antara korbannya mereka yang berumur antara 7 dan 13 tahun telah dirogol sebelum dibunuh. Lelaki ini ditangkap, di rotan dan digantung sampai mati.
Ada pun contoh orang yang menghina Islam dihukum seberat-beratnya di negara lain. Di Islamabad, Pakistan Mahkamah negara itu dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej menghina Islam.
Kami memetik laporan di laman web Utusan Online yang menyebut, Pendakwa Raya Mahkamah Toba Tek Sing di wilayah Punjab Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lepas berkata, tertuduh Sajad Masih turut didenda sebanyak 200,000 rupee atau RM6,000
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad S.A.W kepada beberapa orang ulama.
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan.
Begitulah hukumannya di Pakistan, sudahlah masih kanak-kanak lagi sudah dihukum penjara seumur hidup. Kita berharap pasangan Alvin dan Vivian akan diberikan hukuman sebagai pengajaran kepada mereka dan peringatan kepada orang ramai.
Kita ini hidup bersama dalam negara yang berbilang kaum dan kita mencapai kemerdekaan dengan semangat bersama dengan kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama dalam satu matlamat mentadbir negara Malaysia yang berdaulat.
Kan lebih elok berfikir tentang kemajuan bersama, dari sibuk nak mendahului bangsa lain dan perancangan untuk maju pun dilupakan. – Mynewshub
BEIJING - Seorang kanak[-kanak tergantung di sebuah bangunan. Pihak penyelamat pun berusaha keras untuk menyelamatkannya agar tidak jatuh dari ketinggian 12 meter (m). Kejadian dramatik tampak terlihat ketika pasukan penyelamat yang berasal dari petugas bomba Guangzhou, China berusaha meraih anak tersebut. Kanak-kanak itu dilaporkan tersepit pada bahagian kepalanya. Peristiwa itu terjadi di balkoni apartmennya ketika orangtuanya tidak berada di apartmen. Kanak-kanak kecil itu sebelumnya diketahui berkeliaran dari balkoni tingkat empat apartmen itu. Kemudian dia berusaha melihat keadaan sekitar dengan menengok ke sela-sela batas balkoni, demikian diberitakan Emirates247, Khamis (14/6/2012). Setelah melihat kondisi apartmennya, dia secara tidak sengaja terjebak di antara sekat pembatas balkoni. Hingga akhirnya, kepalanya pun tersepit, sementara tubuhnya tergantung di atas ketinggian 12 meter. Anggota bomba pun berusaha menyelamatkan kanak-kanak malang itu, setelah mendapatkan laporan dari warga yang melihat kejadian ini. Selang beberapa lama kemudian, kanak-kanak itu pun bertinjauan diselamatkan.
Beijing - Seorang bekas pegawai China dihukum mati atas kesalahan pemerkosaan. Bekas pegawai Parti Komunis ini memperkosa 11 kanak-kanak perempuan yang masih di bawah umur.
Li Xingong dinyatakan bersalah telah mencabuli sejumlah mangsa ketika proses interogasi polis setempat. Tindakan cabul tersebut dilakukan pada pertengahan tahun 2011 lalu.
Ketika itu, Li masih menjawat sebagai wakil ketua Parti Komunis wilayah Yongcheng, Henan. Li kemudian ditangkap pada Mei 2012 lalu, ketika sedang bercinta dengan seorang gadis di bawah umur di dalam kereta.
Dia pun dibicarakan dan akhirnya dihukum mati. Li pernah mengajukan rayuan, namun ditolak oleh Mahkamah Agung China. Demikian seperti diberitakan kantor berita Xinhua dan dilansir Reuters, Rabu (19/6/2013).
Hukuman mati dilakukan Rabu (19/6) waktu setempat, namun tidak diumumkan lokasi maupun waktu pastinya.
Yang jelas, kes pemerkosaan ini memicu kemarahan publik setempat. Mereka menumpahkan kekesalah dan kritikan mereka melalui internet atau jejaring sosial setempat, Weibo.
"Ya, salah satu contoh kader parti yang hebat," sindir salah seorang pengguna Weibo beberapa saat setelah eksekusi mati diumumkan.
"Apa yang salah dengan parti, kenapa boleh mereka memiliki binatang seperti ini dalam jajarannya? Perlu dilakukan diskusi soal bagaimana cara memilih pegawai yang lebih baik," komentar seorang pengguna Weibo lainnya.