Tampilkan postingan dengan label 18. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 18. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

18 Ngeri Proses gantung dan rotan lelaki yang membunuh 22 orang kanak kanak

Lelaki ini telah membunuh 22 orang kanak-kanak dan ada di antara korbannya mereka yang berumur antara 7 dan 13 tahun telah dirogol sebelum dibunuh. Lelaki ini ditangkap, di rotan dan digantung sampai mati.









 Kredit :borakkosong
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Polis tahan 18 individu termasuk lapan pondan

Salam semua,

Polis tahan 18 individu termasuk lapan pondan

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk lapan pondan dalam Operasi Noda Khas di sekitar Lebuh Chulia di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, semua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh. "Lima daripada pondan itu adalah warga Indonesia dan semua mereka ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Chulia. "Sebaik menyedari kehadiran kita, mereka bertindak melarikan diri dan ada yang cuba bersembunyi di atas bumbung hotel berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pondan itu menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia dan mereka disiasat menurut Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen.

Jurucakap polis itu berkata, ada antara mereka pernah 13 kali ditahan kerana kesalahan yang sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga pasangan kekasih yang berkhalwat. Operasi itu disertai 18 pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut serta lima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata mereka yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi direkodkan keterangan. - BERNAMA


Read More..