Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Polis selamatkan seorang lelaki yang hampir dilanggar keretapi

25 April 2013

 Penyelamatan yang tertangkap kamera (Foto: Daily Mail)
Penyelamatan yang tertangkap kamera (Foto: Daily Mail)
MEDELLIN – Seorang petugas keselamatan bertinjauan menyelamatkan seorang lelaki yang hampir dilanggar keretapi. Kejadian ini  mengejutkan semua pengunjung di situ.
 
Kejadian yang mengejutkan ini terakam kamera CCTV stesyen Metro di Medellin, Colombia. Dalam video tersebut memperlihatkan seorang lelaki mengenakan kemeja putih dan seluar berwarna gelap berjalan menuju tepi landasan keretapi dan tubuhnya hampir terlanggar sebuah keretapi yang datang.
 
Namun, seorang anggota polis  Colombia bernama Gustavo Chaparro, yang sedang bertugas di Stesyen Metro itu segera menarik lelaki yang tidak diketahui namanya tersebut beberapa detik sebelum kereta memasuki stesyen.
 
Video aksi heroik polis  Colombia yang diposting ke YouTube pada 23 April 2013 ini telah membuat heboh pengguna internet. Banyak komentar yang mengatakan rasa salutenya pada Chaparro.

"Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan penghargaan kepada saya, tetapi itu adalah tugas saya untuk melindungi dan melayani masyarakat," kata Chaparro. Demikian seperti dikutip Daily Mail, Khamis (25/4/2013).okezone.com
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Polis tahan 18 individu termasuk lapan pondan

Salam semua,

Polis tahan 18 individu termasuk lapan pondan

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk lapan pondan dalam Operasi Noda Khas di sekitar Lebuh Chulia di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, semua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh. "Lima daripada pondan itu adalah warga Indonesia dan semua mereka ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Chulia. "Sebaik menyedari kehadiran kita, mereka bertindak melarikan diri dan ada yang cuba bersembunyi di atas bumbung hotel berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pondan itu menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia dan mereka disiasat menurut Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen.

Jurucakap polis itu berkata, ada antara mereka pernah 13 kali ditahan kerana kesalahan yang sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga pasangan kekasih yang berkhalwat. Operasi itu disertai 18 pegawai dan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut serta lima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata mereka yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi direkodkan keterangan. - BERNAMA


Read More..