Selasa, 17 Desember 2013

Barcelona Benam Levante 7 0


BARCELONA – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi meledak dua gol sebagai meraikan kemunculan Neymar dan jurulatih baru, Gerardo Martino apabila Barcelona membuka tirai saingan La Liga dengan menumpaskan Levante 7-0, awal pagi tadi.

Kemenangan itu juga lebih bermakna buat Martino bagi mempertahankan kejuaraan liga untuk musim ini.

Dengan penampilan Neymar yang baru dibeli, Messi lebih terserlah dan ternyata bukan saingan kepada Levante.

Gol pembukaan Barca diperoleh menerusi Alexis Sanchez sewal minit ke-2. Gol Messi diperoleh pada minit ke-11 dan menerusi tendangan penalti pada minit ke-42.

Penjaring Barca lain ialah Alves (m-23) dan dua gol menerusi Pedro Rodriguez (m-25, m-73) selain Xavi Hernandez pada minit ke-45. – AP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar