Kamis, 26 Desember 2013

Isu Rampas Suami MaznahJumpa Noniswara


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli telah bersemuka dengan Noniswara bagi menjelaskan dakwaan kononnya dia menjadi punca terhadap keretakan rumah tangga Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan.

Maznah menjelaskan, pertemuan itu diadakan bagi menjelaskan tuduhan Noniswara yang dia tekah merampas Rosman adalah satu fitnah dan salah faham.

“Selain bertemu dengannya kami pernah terserempak di lapangan terbang dan saya telah jelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan kononnya saya mempunyai hubungan dengan suaminya.

“Malah Noniswara pernah menghubungi saya untuk bertanyakan hal sama dan saya tidak pernah mengelak dan menjawab dengan baik setiap pertanyaannya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran S4M Motorsports ‘Big Bike Garage’ di Setapak pada Sabtu.

Noniswara dan Rosman sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu selepas kes berkenaan tidak dapat diselesaikan secara baik hampir setahun di mahkamah.

Dalam perkembangan sama, Maznah berkata, dia berdiam diri kerana berasa terkejut namanya dikaitkan selain tidak mahu memperbesar-besarkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya itu.
Noniswara dan Rosman bercerai secara taklik pada 18 Julai lalu.

Jelasnya, dia tidak perlu melatah kerana berada di pihak yang benar dan mengambil sikap untuk bertenang walaupun dikecam teruk akibat tuduhan berkenaan.

“Isu tersebut sudah pun berlalu tetapi harus saya akui ia adalah satu kejutan buat saya kerana sebelum ini belum pernah nama saya tercalar dengan gosip seperti itu.

“Bagaimanapun saya tidak cepat melenting kerana ia salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Maznah berkata, dia tidak mengenali Rosman secara peribadi dan hanya menyifatkan hubungan mereka sekadar profesional dan berkaitan kerja.

Jelasnya lagi, dia mengenali lelaki tersebut apabila menjadi salah seorang jurucakap untuk satu aplikasi telefon tempat syarikat Rosman bekerja sebelum ini.

“Setiap kali saya ada mesyuarat dengan pihak tersebut saya hadir bersama rakan kongsi dan tidak pernah pergi bersendirian. Secara tiba-tiba nama saya dikaitkan dalam keretakan rumah tangga mereka. Ia adalah berita mengejutkan selain tidak masuk akal,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Maznah, dia menghormati Noniswara sebagai seorang kawan dan rakan artis dan tidak akan mengelak jika terserempak dengannya selepas ini.

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan saya tetap akan menegur, bersalaman dengannya sekiranya kami bertemu,” ujarnya.

Sementara itu, Maznah tidak menafikan gosip berkenaan telah menjejaskan nama baiknya sebagai duta BMW Motorrad dan duta Sunway Lagoon yang banyak melibatkan aktiviti lasak bersama belia.

Bagaimanapun kata Maznah, dia tidak patah semangat dengan kejadian tersebut sebaliknya melihat ia sebagai ujian dan percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya.

Dalam perkembangan lain, Maznah kini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti lasak dan banyak menjelajah ke pelbagai tempat bersama konvoi motosikal berkuasa tinggi.

“Selain jelajah Afrika saya baharu sahaja selesai menjelajah ke sembilan buah negara di Eropah dengan menaiki motosikal selama 25 hari dan aktiviti tersebut sentiasa memberikan saya kepuasan yang tinggi,” katanya. – mStar Online
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

PREDIKSI INTER MILAN VS PARTIZAN LIGA EUROPA 26 OKTOBER 2012


Prediksi Skor Inter Milan vs Partizan. Jadwal Inter Milan vs Partizan. Inter punya berbagai alasan untuk optimistis menyambut duel melawan Partizan di Giuseppe Meazza. Jumat (25/10). Si Ular Raksasa berbekal faktor nonteknis berupa tradisi bagus saban bersua wakil Serbia tersebut dalam ajang kompetitif.
Pertemuan perdana kedua tim terjadi di Piala Champion 1963/64. Ketika itu. Nerazzurri menang dalam dua leg di babak perempat final dengan agregat total 4-1. La Grande Inter asuhan Helenio Herrera saat itu lantas melaju ke final dan menjadi kampiun.
Tren serupa terjadi di Piala UEFA 1990/91. Inter berhasil melewati hadangan Partizan di babak III, juga dengan agregat 4-1. Di akhir kompetisi, La Beneamata juga menjadi juara. Apakah tradisi bagus itu pertanda Inter bakal sukses di Liga Europa musim ini?
Alih-alih mematok target tinggi lebih dini, pelatih Andrea Stramaccioni berniat fokus dan menaruh respek terhadap semua lawan di depan mata. “Partizan adalah unit yang sangat solid. Mereka selalu bisa membahayakan, ” kata pelatlh muda itu.
Inter punya catatan bagus saban menghadapi tim asal Serbia dengan rekor 4-2-0. Sebaliknya, Partizan inferior dengan hasil delapan kekalahan dan sekali menang dari 13 duel melawan klub Italia.
Catatan buruk di kandang juga perlahan bisa diperbaiki Javier Zanetti cs. Usai tumbang di tangan Siena (23/9), Inter mengecap dua kemenangan beruntun di Milano. Hasil 2-0 atas Catania, Minggu (21/10), merupakan persiapan bagus menjelang laga kontra Partizan.
Sejumlah media Italia menjagokan Marko Livaja akan kembali dipasang Strama. Striker berusia 19 tahun itu adalah spesialis di LE. Sudah mencetak dua gol prediksi inter milan vs partizan bersumber dari bolagoalnet.blogspot.com. Livaja menjadi top scorer Inter di ajang tersebut.
Tapi, bekal Partizan untuk lawatan ke Milano tak kalah bagus dengan kemenangan 1-0 di kandang pesaing mereka di papan atas Superliga Serbia, Rad Beograd, pada weeken. “Berkat hasil ini, kami siap menghadapi segala kemungkinan yang terjadi di Milano,” ucap pelatih Partizan Vladimir Vermezovic.
Head to head Inter Milan vs Partizan:
25 Jul 2007 (PUC) Inter Milan 1 – 0 Partizan
Lima pertandingan terakhir Inter Milan:
21 Okt 2012 (PSA) Inter Milan 2 – 0 Catania
08 Okt 2012 (PSA) AC Milan 0 – 1 Inter Milan
04 Okt 2012 (PLE) Neftchi Baku PFC 1 – 3 Inter Milan
01 Okt 2012 (PSA) Inter Milan 2 – 1 Fiorentina
27 Sep 2012 (PSA) Chievo 0 – 2 FC Inter Milan
Lima pertandingan terakhir Partizan:
04 Okt 2012 (PLE) Rubin 2 – 0 Partizan
21 Sep 2012 (PLE) Partizan 0 – 0 Neftchi Baku PFC
31 Agu 2012 (PLE) Partizan 1 – 0 Tromso
23 Agu 2012 (PLE) Tromso 3 – 2 Partizan
09 Agu 2012 (PLC) Partizan 0 – 1 AEL Limassol FC
Prediksi susunan pemain Inter Milan vs Partizan:
Inter Milan:  Samir Handanoviç, Matías Silvestre, Alvaro Pereira, Juan, Jonathan, Coutinho, Fredy Guarín, Gaby Mudingayi, Esteban Matias Cambiasso, Obi, Marko Livaja.
Partizan:  Vladimir Stojkovic, Aleksandar Miljkovic, Vladimir Volkov, Ivan Ivanov, Miloš Ostojic, Medo, Nikola Ninkovic, Saša Markovic, Sasa Ilic, Miloš Jojic, Lazar Markovic.
Prediksi skor Inter Milan vs Partizan by www.fastbet99.net: Inter Milan kemungkinan menang melawan Partizan dengan skor … Inter Milan 2 – 0 Partizan. Pertandingan Inter Milan vs Partizan disiarkan LIVE di SCTV pada tanggal 26 Oktonber 2012, pukul 00.00 WIB.

Read More..

Samsung Galaxy SIII Ternyata Keren Banget

Samsung Galaxy SIII

Pic : screenshot video samsung galaxy SIII youtube.

Diwartakan oleh berbagai media masa, bahwa Samsung Galaxy S III berhasil memegang rekor sebagai ponsel pintar dengan penjualan terlaris di dunia pada kuartal ketiga 2012, mengalahkan pesaingnya iPhone 4S. Namun kemenangan ini diprediksi tidak akan berumur panjang karena kehadiran iPhone 5.

Setelah survei harganya di google, ternyata ponsel pintar ini harganya lumayan menguras isi dompet, yaitu Rp.6.599.000, harganya setara atau melebihi harga untuk sebuah laptop untuk window 8. Hem, semoga tahun 2013 harganya bisa turun Rp.2000.000 :D Aku minat banget sama samsung SIII neh, setelah menonton videonya di youtube ternyata canggih benar ponsel pintar ini.

Silahkan KLIK nonton video samsung galaxy SIII di youtube

Penyebab Ponsel pintar ini mahal karena spesifikasinya high banget alias canggih. Sehingga bagi yang sudah memilikinya mereka tergolong orang berkelas. Nasip bagi kita yang isi dompetnya kembang kempis. :D

Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Pelajar Lelaki Pakai Skirt Kerana Panas

Pelajar Lelaki

Cardiff – Sekumpulan pelajar mempunyai cara tersendiri menyatakan protes mereka terhadap keputusan sekolah melarang pemakaian seluar pendek ketika Britain dilanda suhu panas kini.
Semalam seramai 17 pelajar Tahun 10 di Sekolah Tinggi Whitchurch mengejutkan ramai orang apabila hadir mengikuti pembelajaran dengan memakai skirt.
Namun protes itu tidak bertahan lama.
Mereka diarah ke pejabat sekolah dan pengetuanya, Huw Jones-Williams memerintahkan mereka supaya kembali memakai seluar.
Seorang daripada pelajar terbabit, Tyrone Evelyn, 15, berkata, bantahan itu tetap diteruskan bagi memberi tekanan kepada pihak sekolah mengubah peraturan semasa.
“Tidak wajar sekolah melarang kami berseluar pendek kerana ia tidak sesuai dengan cuaca panas ketika ini,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, kata Evelyn, dia mengalami sakit kepala dan gatal-gatal kulit disebabkan pakaian dikenakan tidak sesuai.
“Jika pelajar perempuan boleh memakai skirt kami tidak melihat ada salahnya untuk kami memakai pakaian sama.
“Protes ini wajar,” katanya.
Semua 17 pelajar terbabit memakai seluar panjang ke sekolah dan menyorokkan skirt itu di dalam beg masing-masing.
Mereka kemudian menukar seluar itu dengan skirt di tandas sebelum bergerak bersama-sama di sekitar sekolah. – DM
Read More..

Pemberita korek hidung semasa siaran berita

 Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.-
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Zubir Mohon Maaf Pada Ummi Nazeera





Wartawan hiburan sensasi, Zubir Yunus akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres Ummi Nazeera.

Ucapan maafnya itu dipaparkan menerusi artikel Zubir dalam akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop, hari ini.

“Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa.  Harap pihak lain tidak menyibuk”!, ” katanya dalam artikel berkenaan.

Ummi yang kini masih lagi menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf berikutan penulisan artikel yang mendakwa dirinya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel.

Menganggap artikel itu sebagai fitnah, Ummi sekali gus menjelaskan dalam laman Twitternya,“pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril secara berdepan. Perkara kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia (Aeril) di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya”.

Gosip mengatakan Ummi dan Aeril pernah bernikah turut dikuatkan dengan penghijrahan Ummi yang kini sedang mendalami ilmu agama seperti mana juga Aeril.

Namun, Ummi menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan dia tidak perlu berubah ke arah yang lebih baik disebabkan seorang lelaki, sebaliknya itu adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi olehnya sebagai seorang Muslimah.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti


CYBERJAYA  - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.

“Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor hari ini.

Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.

Khalid berkata, PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.

Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.

Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata idea tersirat di sebalik program Desa Selamat adalah supaya masyarakat dan polis bekerjasama serta saling bertukar maklumat bagi membanteras jenayah.

“Masyarakat haruslah bersikap skeptikal sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam persekitaran mereka,” katanya.

Khalid juga berkata hanya penduduk setempat yang boleh memberi maklumat berhubung keadaan atau orang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. – BERNAMA

Read More..