Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti


CYBERJAYA  - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.

“Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor hari ini.

Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.

Khalid berkata, PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.

Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.

Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata idea tersirat di sebalik program Desa Selamat adalah supaya masyarakat dan polis bekerjasama serta saling bertukar maklumat bagi membanteras jenayah.

“Masyarakat haruslah bersikap skeptikal sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam persekitaran mereka,” katanya.

Khalid juga berkata hanya penduduk setempat yang boleh memberi maklumat berhubung keadaan atau orang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. – BERNAMA

Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Indonesia Akan Bina Bangunan Tertinggi Saingi Menara Petronas




PT Pertamina, syarikat minyak kebangsaan Indonesia berencana akan membangunkan bangunan pencakar langit yang cukup tinggi di Jakarta, dijangka akan memberi saingan kepada Menara Berkembar Petronas di Malaysia. 

Menurut Direktor Utama Pertamina, Karen Agustiawan, menara tersebut akan menjadi representatif kepada visi Pertamina 2025 untuk menjadi World Class Energy Company dan Asia Energy Champion. 

Menurut Vice President Comunication Pertamina, Ali Mundakir, pembangunan Pertamina Tower ini akan mengantikan ibu pejabat pusat syarikat itu yang terletak di JL Medan Merdeka Timur No 1 A.

"Pasalnya aset kantor pusat tersebut bukan lagi milik Pertamina, seluruh aset gedung tersebut sudah diserahkan kepada Negara, jadi Pertamina ingin membangun kantor sendiri, dan akan menggabungkan beberapa anak perusahaan yang saat ini kantornya hanya menyewa," ucap Ali kepada wartawan. 

Dianggarkan kos pembangunan Pertamina Tower akan menelan belanja sebanyak US$ 850 juta (RM 2.55 billion).

Ia dikatakan akan dibina dengan mempunyai 100 tingkat (our twin tower hanya 88 tingkat), yang akan turut memuatkan sebuah pusat sukan, exibition hall dan pelbagai kemudahan lain.



Read More..