Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Kisah Guru Yang Meninggal Hadang Peluru Penembak Brutal Demi Muridnya

Victoria Soto, seorang guru yang tewas demi melindungi murid-muridnya.
Victoria Soto, seorang guru yang mati demi melindungi murid-muridnya. (sumber: News.com.au)
 
Seorang guru cantik bernama Victoria Soto teridentifikasi sebagai salah satu guru yang meninggal terkena tembakan ketika menyelamatkan murid-muridnya dari serangan brutal seorang lelaki di SD Sandy Hook, Jumaat (14/12) pagi waktu setempat.

Soto adalah satu dari tiga guru yang meninggal dalam insiden berdarah, Jumaat kelabu tersebut.
Polis juga mengidentifikasi Dawn Hochsprung, ketua sekolah dan psikolog anak, Mary Sherlach sebagai korban maut dari kalangan dewasa di sekolah yang berlokasi di Newtown, Connecticut tersebut.
Mereka mati bermandikan darah ketika peluru yang ditembakkan lelaki brutal tersebut menembusi tubuh mereka.

Ada kisah menarik yang diceritakan murid-murid Victoria Soto. Mereka melihat sang guru yang ramah tersebut melindungi tubuh murid-muridnya dari rentetan peluru. Seperti yang ditulis Mailonline, Soto menjadikan tubuhnya sasaran tembak lelaki yang teridentifikasi bernama Adam Lanza tersebut.

Diane Day, seorang terapis sekolah yang sedang mengadakan pertemuan dengan Guru Besar dan beberapa guru mengisahkan betapa tragisnya kejadian di Jumaat kelabu tersebut.
“Kami berada di sana selama sekitar lima minit mengobrol, dan kami mendengar suara tembakan,” ujar Day.
“Saya langsung berlindung di bawah meja,” imbuhnya.
Namun Hochsprung dan Sherla

Tanda-tanda kepergian Victoria Soto sudah terasa beberapa hari sebelumnya. Seorang temannya memposting ucapan terakhir Victoria di Tumblr yang ingin selalu melindungi 16 muridnya.
“Dan hari itu terjadi. Dia benar-benar melindungi murid-muridnya,” tulis rakan Soto.
“Betapa ini menyedihkan dan tragis,” tulisnya lagi.
Di Twitter, beragam ucapan belasungkawa diposting untuk mengenang pengorbanan Victoria Soto.
 otakberita
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Kisah Sedih Suami Isteri Rupanya Beradik Kandung



Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu  mereka rupa-rupanya adik beradik.

Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.

Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.


Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.


Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.


Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. – REM RAMZI

Sumber: says.com, dramafever.com

*Gambar Hiasan
Read More..